PPT- PENILAIAN AMALI
Kaedah Bayaran: Cash Deposit/Transfer/Cash
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu – satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).
Mengapa perlu SKM? :
1. Memperolehi Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian)
2. Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan anda untuk memerlukan kelayakan formal untuk urusan kenaikan pangkat.
3. Peluang yang lagi luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Peserta kenalah berumur minima 18 tahun untuk pemohon untuk SKM-PPT-Amali
- Mempunyai Pengalaman kerja 3 tahun untuk memohon tahap 3
- Mempunyai Pengalaman kerja 2 tahun untuk memohon tahap 2
Program Ditawarkan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Hairdressing Tahap 2 dan Tahap 3
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Barbering Tahap 2 dan Tahap 3
Siji Kemahiran Malaysia (SKM) Terapi Rambut dan Kulit Kepala Tahap 3