Apa itu ADi ?

Inisiatif Akademi Dalam Industri merupakan salah satu program kerjasama inovatif antara pihak kerajaan, industri, dan akademia dalam mendepani cabaran – cabaran yang dihadapi dalam peningkatan bakat.

Program Akademi Dalam Industri adalah program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan

Objektif

Membangunkan tenaga kerja masa hadapan yang mampan berasaskan permintaan pasaran dan keperluan industri;
Merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan tenaga kerja;
Membangunkan bakat tempatan yang menerima upah yang berpadanan dengan kemahiran;
Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing; dan
Meningkatkan pencapaian pendidikan negara.

Laluan kerjaya Akademi dalam Industri

Penanda aras gaji bakat Akademi Dalam Industri adalah berdasarkan kompetensi tahap kemahiran dan pengalaman calon.
Perantis Akademi Dalam Industri akan menerima gaji minimum penuh dan elaun-elaun lain yang disediakan oleh syarikat
Perantis Akademi Dalam Industri perlu mengikuti program ini selama 6-18 bulan bagi melayakkan mereka untuk menerima sijil graduan ADI, iaitu setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Modul program ADI merangkumi modul am dan modul spesifik menjurus kepada operasi syarikat yang terbabit.

Syarat penyertaan

Berikut merupakan syarat-syarat utama yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk mendaftar dalam program Akademi dalam Industri:

Warganegara Malaysia;
Berusia 18 hingga 40 tahun;
Mempunyai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M);
Lulus ujian saringan ADI;

Cara Memohon

Proses untuk menyertai program Akademi Dalam Industri:

Langkah 1 : Daftar sebagai calon perantis Akademi Dalam Industri di https://www.adi.gov.my

Langkah 2 : Ujian saringan Akademi Dalam Industri (kemahiran membaca, menulis, mengira)

Langkah 3 : Status penerimaan tawaran melalui https://www.adi.gov.my

Langkah 4 : Terima tawaran ADI, tawaran bekerja dan terima Sijil SKM setelah tamat tempoh kursus

Pertanyaan dan maklumat lanjut

  • Hiring and training of salon personnel which includes:

    • Senior Hair Stylists

    • Junior Hair Stylist

    • Manager cum Receptionist and cum Inventory

  • Management training

  • Accounting, Payroll and Commission System

  • Operations Manual

  • Follow up training of employees every six months

  • Help in Site Location and Design

  • Advertising and Promotions

  • Hiring and training of salon personnel which includes:

    • Senior Hair Stylists

    • Junior Hair Stylist

    • Manager cum Receptionist and cum Inventory

  • Management training

  • Accounting, Payroll and Commission System

  • Operations Manual

  • Follow up training of employees every six months

  • Help in Site Location and Design

  • Advertising and Promotions

  • Hiring and training of salon personnel which includes:

    • Senior Hair Stylists

    • Junior Hair Stylist

    • Manager cum Receptionist and cum Inventory

  • Management training

  • Accounting, Payroll and Commission System

  • Operations Manual

  • Follow up training of employees every six months

  • Help in Site Location and Design

  • Advertising and Promotions