Khal Hair Salon dimiliki oleh Khaljaksa Khalil A.M.N yang merupakan Akademi Dalam Industri (ADi) dan Pusat Bertauliah Penilaian Amali PPA-PPT di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) KESUMA untuk Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi Sijil Kemahiran (SKM) tahap 2dan 3, dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5.

Khal Hair Salon juga berkelayakan untuk menjalankan pelbagai kursus seperti kursus didalam bidang Dandanan Rambut (Hairdressing) SKM tahap 2, 3, 4 dan 5, Barbering SKM tahap 2 dan 3, Terapi Kulit Kepala SKM tahap 3 dan kursus jangka pendek.Selain itu,Syarikat Khal Hair Salon juga telah mendapat pentauliahan untuk menjalankan sebagai Pusat Penilaian Amali melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan juga mengadakan kursus Train-The-Trainer Certification dibawah HRD Corp.

Khal Hair Salon juga telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menjadi tempat latihan dan melatih Calon Peserta Negara yang layak ke WorldSkills Competition setiap tahun.

Khal Hair Salon juga turut menjalankan aktiviti melahirkan usahawan melalui program-program keusahawanan bersama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA. Khal Hair Salon juga telah dilantik sebagai Mentor dibawah program HiT Barber untuk menjalankan program-program aktiviti bagi menaik taraf kemahiran dan keusahawanan MARA bagi melahirkan usahawan-usahawan bumiputera dalam bidang Penggunting Rambut (Barbering) yang berkemahiran tinggi.

Hasil dari semua kegiatan aktif ini, Khal Hair Salon telah mewujudkan ramai usahawan serta pelatih dalam bidang dandanan rambut dan pengguntingan rambut. Ini boleh dilihat dengan wujudnya usahawan dan peniaga (outlet) serata Malaysia yang giat aktif menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, pihak Khal Hair Salon juga turut melahirkan ramai tenaga mahir dalam industri melalui pelbagai program dibawah kelolaan beberapa kementerian dan Jabatan seperti melalui program JPK dan HRDCorp .